Hijrah Satu Wawasan
Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang
Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran
Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci
Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan
Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni
p/s - hari terakhir aku di mtb , sebelum aku di transfer ke opis jabatan kebajikan..
16 January 2009
12 January 2009
semenjak haiqal masuk sekolah darjah satu taman desa cempaka .. maka dengan secara tak langsung kami terpaksa menyanyi lagu tema ciptaanya '' apa yang penting kerja sama '' setiap hari setiap ketika tak kira dimana lebih2 lagi waktu dirumah .. Nyanyi dengan nada yang kuat dan penuh perasaan tanpa mengira samada pencemaran bunyi akan berlaku atau tidakk...
Posted by
d.yan
at
10:21 AM
0
comments
04 January 2009
Tag dari comoi...
Aku telah di tag oleh cik comoi dengan jayanya..
Tag: Rules and Regulations :
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Ini lah balasanya...
1. Aku rasa hidup aku makin seronok walau pada amnya makin penat bila anis dah mula pandai tidur-tidur ayam hanya kerana tidak ingin masanya hilang begitu sahaja tanpa dipenuhi oleh aktiviti dan keinginanya untuk meneroka dan membuat sepah satu rumah.
2. Tahun ini tahun pertama haiqal mula bersekolah , dan tahun ini juga baru aku perasan yang pakwe dah makin tua kerana haiqal dah masuk darjah satu.
3.Aku selalu berdoa semoga tv dirumah aku cepat rosak kerana terlalu bosan - hampir setiap hari haiqal dan pakwe akan bergaduh berebutkan channel masing-masing haiqal dengan astro cerianya , pak we dengan citer joget-jogetnya dan harapan aku menjadi kenyataan .. chayok chayok
4. Hingga ke saat ini setelah lebih kurang 6 tahun , aku masih belum tahu nama isteri jiran belakang rumah aku disebelah kanan bahagian tepi kerana dia pastinya akan segera menutup pintu sekiranya terpandang aku . ''( Aku tahu aku agak lawa berbanding dia tapi tolonglah jangan tutup pintu )''.
5.Semenjak menceburkan diri dalam bisness towel , baru aku tahu yang towel buatan pakistan lebih tebal dan cantik berbanding towel buatan dari negeri china ..
6.Aku paling tidak suka berkawan dengan orang yang suka menunjuk dan membangga diri lebih -lebih lagi kalau semua cerita menunjuk dan membangga diri itu semata rekaan demi untuk memperlihatkan kehebatan dan kebanggan dirinya .
7.Kerana prihatin diatas masalah yang aku hadapi , semalam pakwe terpaksa membawa aku ke nilai 3 . Itupun kerana dia tahu selagi aku tidak dapat memiliki cadar merah hati ropol2 lebih ala2 pengantin hidup dia tidak akan aman kerana terpaksa mendengan luahan hati rintihan yang tak henti2 hanya semata inginkan cadar merah hati itu.
8.Aku paling suka makan buah - buahan. Apabila ke pasar aku akan beli kesemua buah-buahan kegemaran untuk dipenuhkan didalam peti ais.Walaupun adakalanya peti ais aku akan beubah seperti kebun buah-buahan.
9.Jadilah diri sendiri tidak perlu berpura-pura atau berbohong tentang siapa diri kita yang
sebenarnya .Itu lebih bak dari hidup dalam hipokrasi.
10. Tabiat buruk yang semakin berjaya aku hapuskan membeli gelang - gelang manik , batu - batu kristal yang berbagai warna dan berbagai bentuk mengikut fesyen semasa.
11.Aku tidak pandai bermuka-muka atau membodak sesuka rasa. Walaupun ditempat aku bekerja kemahiran itu sangat berkesan untuk cepat naik pangkat dan cepat naik gaji.
12. Aku sentiasa bersederhana didalam setiap hal , apa yang aku pakai atau apa yang beli tidaklah perlu aku gembar - gemburkan namun mereka tetap melihat dan meneliti semua itu - ternyata aku sangat glamour di mata mereka -
p/s utk org di buloh river
13.Aku jadi rimas apabila ada orang yang terlalu melampau mengambil berat dan mengambil tahu pasal aku sampai aku tidak diberikan secebis ruang pun untuk bernafas .
14.Perjalanan selama satu jam dari rumah ke tempat kerja begitu berharga lebih - lebih lagi sekiranya bas tersebut ber'aircond tahap dingin - tido didalam bas benar-benar merehatkan.
15.Aku jadi penat apabila terpaksa meng'explain benda yang sama kepada seseorang yang tidak pernah mahu paham akan perkara yang sebenarnya .Walau pada hakikatnya perkara itu hanya cerita remeh .
16.Apabila hati ini tersentuh aku hanya akan diam..pada mereka yang pernah kenal aku , ketahuilah apabila aku mula diam untuk berbicara dan diam untuk berkata - kata maka jangan lagi dipaksa untuk aku bersuara kerana iaya tidak akan lagi mendatangkan apa-apa.
2. untuk menghasut orang lain?aku rasa tak payah lah sebab aku tak nak mereka semua teraniaya ... ha haa
Posted by
d.yan
at
1:37 PM
1 comments
02 January 2009
terpikat ..memikat .. dipikat..
..ohhhh aku tergoda aku tergoda terkecewa dari kerana mata yang mempunyai kuasa..
memang aku dah jatuh cintaaa...
walau hanya sekilas pandang dapat aku rasakan kerlingan matanya itu begitu menikam ke sanubari..
aku cuba menidakkan perasaan ini namun aku tewas degup jantung yang begitu kencang , dup dap dup dap.. tindakkan yang kurang normal , emosi yang tidak menentu menewaskan aku..
aku...tidak daya menahan
aku ..harus miliki dia
tapi mampukan aku? ..siapalah dia berbanding aku..
..tapi
yang nyata hanya dia mampu melenakan tidur ku.. sejak bertemu pandang lena ku tidak lagi seperti dulu mimpiku hanya di penuhi oleh bayangan dia ..dia .. dia dan dia..
angau jadinya aku ..
igauanya begitu menyeksa ..rutin harian entah kemana hanya kerna teringat kan dia...
aku hanya inginkan diaa...
p/s - dia' ~ cadar merah bunga hati ropol - ropol lebih ala2 cadar pengantin yang terdapat di kedai ah seng kat nilai 3
Posted by
d.yan
at
1:13 PM
0
comments

